Saturday, January 8, 2011

wahai wanita..apakah yang kalian perolehi dengan berpakaian mendedahkan aurat?

      Langkah pertama diatur dengan penuh tertib dengan hati sentiasa tunduk kepada Illahi. Perjalanan ku menyusuri kota metropolitan membuatkan hati ku gundah gulana kerana takut. Takut ku bukan lah kerana ancaman orang asing, takut ku menjurus kepada dosa-dosa yang tidak aku sedari dari mana datangnya. Sesekali teringat daku pesan Ibu "tundukkanlah pandangan mu ketika berjalan anakku dan peliharalah mata mu dari melihat perkara-perkara yang terlarang".

     Sedang aku berjalan, terlihat aku seorang wanita. Dimata orang ramai dia adalah insan biasa yang hanya membuat rutin harian. Tetapi bukan dimata ku, Aku melihat seorang wanita yang akan menjadi penyebab aku dimasukkan ke neraka kelak. Kerana apa? auratnya tidak ditutup biar pun dia masih bertudung tetapi berpakaian ketat sehingga memperlihatkan susuk tubuh. "Subhanallah,aku berlindung dari syaitan yang direjam".

Ikhtibar :

  Wahai kaum wanita serta gadis-gadis diluar sana. Nasihat ku pada kalian, tutup lah aurat mu kerana aurat mu itu bakal membawa diri mu dan orang lain meringkuk ke dalam neraka. Tidak kah kalian malu dengan ALLAH? tidak kah kalian harus bersyukur dengan ALLAH?. Bersyukurlah..kerana kalian dilahirkan dengan sempurna . Wahai wanita izinkan hamba bertanya pada kalian. Apakah yang kalian perolehi dengan berpakaian mendedahkan aurat?adakah populariti?perhatian orang ramai?.Jawablah soalan ku ini dengan hati yang tunduk pada ILLAHI.....kerana kalian hanya hamba ALLAH...

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaianya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara yang demikian lebih sesuai (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) allah adalah maha pengampun lagi maha mengasihani”



No comments:

Post a Comment